Soalan Lazim

Berkaitan VISA

1. Berapa lama permohonan pelajar boleh dikesan dalam sistem EMGS?

Tempohnya mengambil masa lebih kurang TUJUH (7) hari


2. Berapa lamakah tempoh pas pelajar untuk disiapkan?

Tempohnya mengambil masa kira-kira EMPAT (4) hingga ENAM (6) minggu


3. Bagaimanakah saya boleh memohon biasiswa?

Terdapat 20% diskaun untuk pelajar antarabangsa yang ingin melanjutkan pelajaran di Malaysia


4. Mengapa Visa saya ditolak?

Sebarang penolakan dibuat oleh Jabatan Imigresen. beberapa sebab yang mungkin adalah:

  • Sering bertukar kursus semasa berada di Malaysia
  • Keputusan peperiksaan yang teruk
  • Walaupun tinggal di Malaysia untuk beberapa waktu, tiada apa yang mencapai / pencapaian yang rendah

Walau bagaimanapun, sebab-sebab ini tertakluk oleh Imigresen


5. Bolehkah saya menukar pengajian kursus saya?

Ya. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar kursus anda sekali sahaja. Kami mengesyorkan pelajar antarabangsa memohon untuk menukar kursus dalam tahun pertama pengajian.


6. Mengapa permohonan VISA saya lewat?

Alasannya mungkin kerana dokumen yang tidak lengkap, pembayaran yang belum selesai, atau gambar pasport tidak mengikut peraturan EMGS.


7. Bolehkah saya bekerja di sini sambil belajar?

Ya. Walau bagaimanapun, anda perlu bekerja semasa cuti belajar dan terhad kepada TIGA (3) tempat seperti restoran, kedai runcit dan stesen minyak.


8. Bolehkah saya bekerja di sini selepas tamat pengajian?

Ya, untuk maklumat lanjut sila rujuk Pusat Antarabangsa UTeM (UIC)


9. Berapa lama proses Pembatalan VISA?

Masa untuk pemprosesan VISA adalah bebeza. Sila rujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia atau datang ke Pejabat Pusat Antarabangsa UTeM dan kami akan bantu anda.


10. Apakah syarat untuk mendapatkan surat perakuan pas tanggungan?

Syaratnya berbeza untuk setiap kes. Sila hubungi kami untuk penjelasan lanjut.


11. Berapa lamakah tempoh untuk proses pembaharuan?

Proses pembaharuan adalah berbeza untuk setiap kes. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.


12. Bagaimana untuk menuntut bon peribadi?

Sila rujuk Borang Tuntutan Bon Peribadi


13. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya resit hilang?

Sebarang resit yang hilang, laporan polis perlu dilakukan. Kemudian, laporan tersebut hendaklah diberikanan kepada Pusat Antarabangsa UTeM (UIC) untuk melancarkan proses.


14. Apakah pilihan yang saya ada jika saya ingin memperbaharui visa saya tetapi tarikh luput masih lama dari sekarang?

Ianya berbeza untuk setiap kes. Sila hubungi kami untuk penjelasan lanjut.


15. Adakah tiket feri sah untuk pembatalan visa selain daripada tiket penerbangan?

Setiap kes adalah berbeza, mengikut peraturan terkini oleh pihak berkuasa. Kami boleh membantu anda, jika anda menghubungi kami secara terus.


16. Jika saya ingin menukar universiti, apakah yang perlu saya selesaikan dahulu di UTeM, dan berapa lama masa yang diperlukan untuk permohonan itu?

Prosedur penukaran universiti adalah berbeza mengikut kes. Sila hubungi kami untuk penjelasan lanjut


17. Berapa lamakah proses I-Card untuk siap?

Sila rujuk Pusat Antarabangsa UTeM (UIC)


18. Bilakah saya boleh datang mengambil kad insurans?

Kad insurans kini tersedia dalam bentuk digital. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.


19. Adakah terdapat sebarang bayaran yang diperlukan untuk pembaharuan, variasi dan permohonan kemajuan?

Sila rujuk Pusat Antarabangsa UTeM (UIC)


20. Bolehkah saya membayar insurans dalam talian?

Pelajar dikehendaki membayar insurans dengan menggunakan perbankan dalam talian terus ke akaun bank EMGS (EMGS ESCROW AKAUN 1- MAYBANK 514057662341)


21. Apakah keperluan jika saya ingin membawa bersama keluarga saya?

Sila rujuk Pusat Antarabangsa UTeM (UIC)


22. Sekiranya saya seorang pelajar PhD, adakah saya masih perlu mencetak keputusan peperiksaan?

Para pelajar digalakkan untuk memiliki salinan cetak semua dokumen termasuk keputusan peperiksaan


23. Hospital manakah yang berpanel dengan UTeM?

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) atau Pusat Kesihatan Pelajar sedia memberikan perkhidmatannya kepada semua pelajar yang berdaftar. Hospital/Klinik jarang ada di Melaka.


24. Berapa lamakah tempoh dari UTeM ke hospital?

Hospital Swasta terdekat ialah 15 minit memandu . (Hospital Pantai)


25. Apakah dokumen yang saya perlukan untuk membuka akaun bank?

  • Pasport
  • Surat Pengesahan Pelajar dari UTeM
  • Kad Matrik
  • Visa pelajar yang sah

Soalan umum

1. Apakah jenis pengangkutan awam yang boleh didapati dari sini?

Anda boleh menggunakan Grab Car dengan memuat turun Aplikasi atau Bas UTeM.


2. Apakah pusat membeli-belah yang paling dekat dengan UTeM?

Pusat beli-belah yang paling hampir dengan UTeM ialah kedai Mydin iaitu tempoh untuk tiba di sana jika menggunakan kereta mengambil masa 15 minit sahaja.


3. Adakah terdapat sebarang penginapan selain daripada asrama di UTeM?

Terdapat pangsapuri yang dikhaskan untuk pelajar Antarabangsa UTeM, anda boleh menyemak pautan ini untuk maklumat lanjut: https://uic.utem.edu.my/apartments-reserved-for-utem-international-students/


4. lamakah jarak dan tempoh dari Kuala Lumpur ke Melaka?

145 km (95.6 batu) atau 2 jam.


5. Berapa lamakah jarak dan tempoh dari KLIA ke Melaka?

136 km (84.5 batu) atau 1 jam 43 minit.


6. Berapa lamakah masa diambil dari Singapura ke Melaka?

239 km (148.5 batu) atau 3 jam 8 minit.


7. Dari Pusat Antarabangsa, berapa lama masa yang diperlukan untuk pergi ke Perpustakaan?

Lebih kurang 20 minit berjalan kaki.


8. Jika saya tidak tinggal di asrama UTeM, adakah pengangkutan disediakan untuk mengambil pelajar luar?

Sila rujuk Pusat Antarabangsa UTeM (UIC)


9. Apakah jenis kemudahan yang ditawarkan oleh UTeM kepada pelajar?

Anda boleh merujuk pautan ini: https://www.utem.edu.my/facilities.html

For more inquiry:

Tel.: +606-2701554
Email: intloff@utem.edu.my