Piagam Pelanggan

Pusat Antarabangsa UTeM (UIC)

Pusat antarabangsa UTeM (UIC) atau Pejabat Antarabangsa UTeM (IO) telah ditubuhkan sejak 2003. Sejak itu, UIC telah mengambil bahagian dalam banyak aktiviti dengan hubungan kerjasama dengan universiti dan institusi lain di banyak negara.

Visi Kami

Untuk menguatkan dan memantapkan reputasi global UTeM.

Misi Kami

Untuk mempertingkatkan profil universiti di arena antarabangsa melalui rangkaian dan perkaitan global dalam urusan akademik, penyelidikan, modal insan dan pentadbiran.

Objektif Kami

  1. Untuk mencipta dan menguatkan hubungan antarabangsa melalui kerjasama dengan rakan kongsi universiti dan perindustrian.
  2. Untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menyelaras aktiviti pengantarabangsaan.
  3. Untuk menyelaras peranan pengantarabangsaan antara pelbagai portfolio.
  4. Untuk menyediakan persekitaran yang berdaya saing sesama pelajar tempatan dan kakitangan melalui aktiviti pengantarabangsaan.

Perkhidmatan Piagam Pelanggan

Perkhidmatan Piagam Pelanggan merupakan komitmen rasmi kami untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat, mesra dan efektif, dan sentiasa cakna akan keperluan pelajar antarabangsa.

Visa dan Pas

Kami komited untuk

  1. Hantar dan proses applikasi ke EMGS dalam masa tujuh(7) hari kerja.
  2. Terima passport daripada pelajar antarabangsa dan serahkan kepada EMGS dalam masa tujuh(7) hari kerja.