Pelajar Sedia Ada

Renewal

Pelajar antarabangsa yang memohon pembaharuan akan diberikan pas pelajar dengan tempoh maksimum 12 bulan. Untuk mengelakkan tinggal lebih masa untuk pas pelajar anda, EMGS mengesyorkan agar permohonan Pembaharuan Pas Pelajar dikemukakan (bersama semua dokumen yang diperlukan) tidak lewat daripada 6 minggu dari tarikh tamat pas pelajar.

Sila rujuk DISINI untuk proses/langkah memohon pas pelajar.

Variation

Pelajar boleh memohon permohonan variasi apabila anda ingin menukar kursus lain di institusi lain. Permohonan variasi tidak boleh digunakan apabila pelajar sedang mengikuti kursus di peringkat yang lebih tinggi. Ia hanya terpakai kepada perubahan yang dibuat oleh pelajar dalam tahap pengajian yang sama.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh memohon untuk menukar kursus melainkan anda telah menerima tawaran pengajian yang disahkan untuk kursus khusus tersebut.

Sila rujuk DISINI untuk proses/langkah memohon pas pelajar.

Progression

Jika anda telah lulus dari satu peringkat pengajian dan ingin melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi, anda boleh memohon permohonan Kemajuan. Jenis aplikasi ini membolehkan anda maju dari satu kursus ke kursus yang lain setelah tamat kursus sebelumnya.





Sila rujuk DISINI untuk proses/langkah memohon pas pelajar.